206.190.1

Jumaat, 30 April 2010

Berkorban Apa Sahaja Di Mana Setia




Lihat di sisimu berdiri dirimu 
sedang meraung meminta dibela
daripada kelaparan, kesakitan, kemiskinan
angkara nafsu serakah menerjah dirimu
sehinggakan kau lupa dirimu dalam dirimu
yang sebanarnya bukan dirimu cuma bajumu 
pun sanggup kau berkorban padanya tanpa berkira
semata-mata menurut kehendaknya itukah setia

sedangkan hakikat dirimu kau abaikan
dalam kesengsaraan menanti taqwa darimu
di mana setia dan sumpahmu sewaktu tuhan-Mu
berkata bukankah aku Tuhan mu lalu kau jawab  “ bahkan “
di mana setiamu padaku ?


Nazri Abdullah
Masjid ranau
17.10.04



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kod HTML Player Cahaya.FM

Cahaya.FM | Demi Masa Shoutul Islam
Tel: 088-473445
019-8827449