206.190.1

Khamis, 29 April 2010

Tangisan Pujangga


( buat seorang sahabat )

Di sebalik pantai Mengayau mengamit jiwa

tangisan pujangganya tidak pernah ditanya

lantaran puisi alamnya menikam sukma

lalu aku menyelami dukanya dengan firasat rasa

gugur air mataku mengenangnya...

rupanya dia papa dalam kaya mencari bahagia

wahai angin dan ombak khabarkan pada dunia

di sini ada ratapan insan istimewa perlu dibela

usah dibiar jiwanya terus dihempas dipukul kecewa

menelan dentuman kesedihan yang tak pernah reda

duhai mengapalah nyamuk di seberang laut dapat dilihat

sedang gajah di depan mata tidak pula kelihatan?


Nazri Abdullah

Ranau

7/9/04

jendela sabah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kod HTML Player Cahaya.FM

Cahaya.FM | Demi Masa Shoutul Islam
Tel: 088-473445
019-8827449