206.190.1

Khamis, 29 April 2010

Tangisan Di Hujung Kasih


Tempayan semangat tumbuhnya bunga kasih air mustajab mandian perawan desa andalusi mentera kebayan pantang larang pijak kuburan jin dan syaitan jadi pengarah di layar kebuntuan hakikatnya sukar diterima walau itulah diri yang dijelma

inikah jalan pilihan setelah senja berlabuh kenapalah tidak dulu menghargai cinta sang petani kasih suci lahir dari nurani seorang insan sunyi lantaran koyak robek topinya dipanah Sang Mentari walau hapak bajunya namun syukur tetap di hati itukah alasan tidak setanding dengan topi ijazahmu pun dengan baju pejabatmu yang sentiasa harum mewangi

kau lupa qada dan qadar itu milik Tuhan dan kau juga lupa cinta sejati itu hanya datang sekali sedang yang lainnya cuma warna-warna cinta usahlah kau menangis di sebalik tabir fitrahmu kerana cinta yang kaucari mungkin sudah berlalu juga mungkin dia sudah mendapat si dia berhati salju

walau senja kian berlabuh menutupi cahaya cinta jalan untuk memilikinya masih ada namun usah lagi buta pun andainya tertutup redhalah pada suratanmu hikmahnya terlalu banyak buatmu sandarkan cintamu pada Dia kekasih abadi seperti Rabiah dengan cintanya kekal sampai akhir hayatnya

Al-Fateh Nazri Abdullah Desa Cattle, Ranau 05. 11 04

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kod HTML Player Cahaya.FM

Cahaya.FM | Demi Masa Shoutul Islam
Tel: 088-473445
019-8827449