206.190.1

Isnin, 3 Mei 2010

Dakwah



Di ladang kehidupan ini banyak makhluk perosak
antaranya tidak percaya adanya tuhan
melanda hati dan fikiran sejak zaman berzaman
walau langit dan bumi terbentang tanda adanya pencipta
itulah tuhan raja segala raja yang berkuasa
namun manusia sering alpa tidak kembali pada pencipta

alasan demi alasan berputar di minda
bukan tidak percaya ada pencipta aku percaya
lihatlah kehidupan ku untuk tuhan ku
aku ada pegangan dan keyakinan tentang itu
tidak perluh bagi tahu pada ku tentang itu
aku dengan agama ku, kamu dengan agama kamu
benarlah kata tuhan ku dalam firmannya
“ lakum dinukum waliya din “
aku pasrah pada-Mu tuhanku

al-fateh
Nazri bin Abdullah
Ranau
5804

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kod HTML Player Cahaya.FM

Cahaya.FM | Demi Masa Shoutul Islam
Tel: 088-473445
019-8827449