206.190.1

Rabu, 5 Mei 2010

Eyai om I mama


( Dedikasi buat isteri dan anak-anak tersayang )

Di bahu yang sarat memikul segunung harap  
ada masa aku rebah bukan kerana berpura-pura 
jauh sekali meminta simpati dan lari dari mereka
tapi sememangnya amat berat dan sukar untuk diangkat
namun demi Eyai om i Mama aku sangup walau merangka
agar hidup mereka tersenyum sepanjang masa tiada derita
walau dalam masa yang sama anak-anak terpinggir kerananya
begitu juga isteri tapi aku bangga pada mereka yang setia
yang tidak pernah menuntut membabi buta
berilah peluang padaku berbakti pada Eyai om i Mama

Nazri Abdullah
Ranau
24.10.04

Eyai om I Mama: Panggilan dalam bahasa Dusun Kimaragang pada ibu dan bapa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kod HTML Player Cahaya.FM

Cahaya.FM | Demi Masa Shoutul Islam
Tel: 088-473445
019-8827449